skbr-pusatakses.zoom-a.com
PORTAL RASMI
PUSAT AKSES SK BANDAR RAUB
E-mel : skbr-pusatakses@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KECEMERLANGAN PuAS | TINTA EMAS GURU BESAR | TINTA PERAK PENYELARAS/GPM | SEJARAH PUSAT AKSES | PENGENALAN,MATLAMAT & OBJEKTIF | VISI DAN MISI | PIAGAM PELANGGAN | AJK PUSAT AKSES | PERANAN & TUGAS AJK | JADUAL BERTUGAS AJK & PENGAWAS PUSAT AKSES | PERATURAN DAN KESELAMATAN | WAKTU OPERASI | TAKWIM | AKTIVITI | PENYENGGARAAN | GALERI FOTO | KATA HIKMAT | FALSAFAH DIRI | FAKTA MENARIK | PAUTAN | BUKU PELAWAT |

1. Pengenalan

1.1      Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih

menjurus kepadapembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan

bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self  learning). Murid boleh

mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri

terarah kendiri dan akses kendiri.

1.2       Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses  pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.

1.3       Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

1.4       Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai  dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.

 

2. Matlamat

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

2.1       Membudayakan penggunaan ICT di sekolah

2.2       Mengurangkan nisbah komputer dengan murid

2.3       Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

 

 3. Objektif

Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

3.1       Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.

3.2       Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah  sendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.

3.3       Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.

  

 



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: